About us

Membangun pelayan Kristus di utara Sabah.

Luther Seminary (LS) PCS

Seminari Luther (LS) adalah sebuah institusi teologi milik Gereja Protestan di Sabah (PCS) yang terletak di Bavanggazo Tinangol, dalam Paroki Matunggong. LS, yang dahulunya dikenali dengan beberapa nama seperti SAT (Sekolah Alkitab Tinangol), PLA (Pusat Latihan Alkitab), dan PPT (Pusat Pengajian Teologi), ditubuhkan terutamanya untuk menyediakan anggota PCS dengan pengetahuan Alkitab dan teologi praktikal. Sepanjang tahun, kurikulum telah dikembangkan dan ditingkatkan untuk merangkumi pengajian teologi yang menggabungkan teologi biblika, teologi sejarah, teologi sistematik (dogmatik), dan teologi praktikal. Ini bertujuan untuk memastikan tenaga kerja PCS dilengkapi dan terlatih secara teologi, serta memenuhi keperluan gereja-gereja ekumenikal yang bersaudara jika diperlukan.

Selain pengajian teologi, LS juga menawarkan latihan kepimpinan untuk golongan belia sebagai pemimpin masa depan PCS yang berpotensi, serta kursus jangka pendek untuk pemimpin awam bagi memastikan mereka memiliki keupayaan yang mencukupi untuk diaplikasikan dalam tugas mereka.

Prasarana & Atmosfera Pendidikan Teologi

Di Luther Seminary (LS) PCS, kita akan dengan sedaya upaya cuba menyediakan prasarana yang membantu pelajar-pelajar teologi dalam proces pembelajaran mereka sehari-hari. 

Library dengan lebih dari 3000 buah buku dan sumber rujukan teologi

Luther Seminary dalam fasa untuk pengembangan perpustakaan untuk kegunaan pelajar dan sedang digunakan sebagai perpustakaan rasmi teologia seluruh PCS. Kami mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin menyumbang buku-buku dan wahana yang berkaitan agar misi perpustakaan ini tercapai.

Chapel khusus Ibadah, persekutuan juga praktik hal-hal berkaitan pelayanan mimbar

Kami mengalu-alukan jemaat-jemaat untuk melawat dan menyertai ibadah LS setiap hari minggu jam 9.00pagi – 11.00pagi.

Kelas yang menampung pembelajaran